Melayu tonggak ke arah Satu Malaysia

Melayu tonggak ke arah Satu Malaysia  SEJAK kebelakangan ini, pelbagai desakan dan tuntutan yang keterlaluan telah dibuat oleh bukan Melayu terutamanya melibatkan kepentingan dan keistimewaan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan pendidikan. Berselindung di bawah ungkapan ‘hak sama rata,’ mereka bercakap tentang isu bangsa bukan Melayu.

Hak sama rata tidak semestinya merupakan hak yang benar-benar adil untuk semua kaum. Maka konsep hak sama rata yang diterjemahkan oleh segelintir golongan ini telah disalah tafsirkan sebagai hak yang adil untuk semua kaum. Hak yang adil bermaksud meletakkan sesuatu perkara pada kedudukan yang sepatutnya dan dalam konteks kedudukan orang Melayu, mereka masih jauh terbelakang dari sudut ekonomi dan pendidikan berbanding bangsa bukan Melayu.

Maka sudah sewajarnya orang Melayu dibantu pada kedudukan yang sepatutnya tanpa meminggirkan dan menafikan hak-hak yang adil untuk orang bukan Melayu. Isu ini tidak sepatutnya dibangkitkan dan dituntut secara keterlaluan sejajar dengan konsep Satu Malaysia yang merupakan cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Umum mengetahui bahawa orang Melayu merupakan golongan majoriti di Malaysia dan mempunyai pendapatan per kapita yang lebih rendah daripada kaum Cina dan India. Oleh yang demikian, sebarang isu yang dibangkitkan untuk memajukan ekonomi dan pendidikan orang Melayu sepatutnya disokong oleh bukan Melayu kerana akhirnya yang memperolehi keuntungan ialah 1Malaysia.

Orang bukan Melayu tidak boleh menafikan bahawa kestabilan politik dan ekonomi di Malaysia selama ini banyak didukung dan disumbangkan oleh orang Melayu. Pelbagai dasar yang digubal terutamanya Dasar Ekonomi Baru (DEB) banyak memberi kebaikan dan rahmat kepada orang bukan Melayu. Masakan tidak, menurut senarai terbaru bagi 10 orang terkaya di Malaysia, hanya seorang sahaja daripada bangsa Melayu. Maka ini terbukti bahawa DEB telah memberi suatu nikmat dan rahmat yang amat besar kepada bangsa bukan Melayu. Sejajar dengan itu, orang bukan Melayu seharusnya bertimbang rasa dan tidak membuat pelbagai tuntutan yang keterlaluan dan boleh menyinggung perasaan orang Melayu, seterusnya mencetuskan suasana yang tidak tenteram di dalam negara. Orang Melayu juga tidak boleh dipersalahkan seratus peratus atas kegagalan memperolehi sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kalau kita lihat kembali di syarikat-syarikat bukan Melayu, berapa ramaikah orang Melayu yang diberi peluang bekerja di sana? Ini tidak termasuk dengan syarat berbahasa Mandarin untuk memohon pekerjaan dalam syarikat-syarikat bukan Melayu. Walaupun pelbagai desakan diminta agar tiada syarat berbahasa Mandarin dikenakan, namun adakah permintaan ini dipertimbangkan? Begitu juga berapa banyakkah syarikat bukan Melayu yang sanggup mengambil seorang bangsa Melayu yang sememangnya berkelayakan menjadi pengurus kewangan syarikat tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh syarikat Melayu? Tidakkah ini boleh dikatakan sebagai rasis juga?

Oleh itu, kegagalan orang Melayu untuk maju dalam kedua-dua bidang iaitu ekonomi dan pendidikan sebenarnya akan merugikan bangsa lain. Orang Melayu perlu berada pada kedudukan yang lebih kukuh dalam kedua-dua bidang bagi merealisasikan Satu Malaysia. Suatu agenda dan perancangan yang lebih tersusun dan realistik perlu digubal dan dilaksanakan bagi memastikan orang Melayu benar-benar berjaya dalam bidang ekonomi dan pendidikan di samping memperkukuhkan penyatuan dan perpaduan di kalangan orang Melayu. Orang Melayu perlu bangkit segera sejajar dengan realiti geopolitik kini yang menuntut penyatuan dan perpaduan yang kukuh.

Penyatuan dan perpaduan yang kukuh boleh terjelma kembali jika ada keikhlasan untuk ke arah tersebut. Semua pemimpin Melayu tidak kira apa pun fahaman politik, seharusnya bersatu hati, bekerjasama dan bersama-sama dalam merangka agenda Melayu. Kestabilan dan kemakmuran Malaysia banyak bergantung kepada kekuatan bangsa Melayu. Apabila orang Melayu bersatu hati dan bersatu padu, maka orang bukan Melayu akan mencontohinya. Realiti di Malaysia memerlukan semua pihak berpijak di bumi nyata berpaksikan sejarah dan tidak menyentuh sama sekali perkara yang berkaitan dengan sensitiviti sesuatu kaum terutamanya keistimewaan orang Melayu. Oleh itu, konsep Satu Malaysia patut digarap untuk menyatupadukan seluruh rakyat tidak kira bangsa dan seharusnya penyatuan dan perpaduan ini dimulai oleh orang Melayu sebagai golongan majoriti dan tonggak serta peneraju dalam menjayakan Satu Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

bad credit
bharian
best bike rack
best bmx bike
best cordless drills reviews
best gaming keyboard reviews
best gaming mouse reviews
best golf gps systems reviews
best headphone review
best jigsaw reviews
best men watches
best pet food
best rated cookware sets
best universal remote reviews
bicycle trainer reviews
buy canon 7d
buy online adidas
buy sofa online
camera lense reviews
canon printer reviews
cara bersetubuh
constipation remedies for babies
dolce and gabbana handbags
enjoi skateboards
flight sim controllers reviews
gibson les paul electric guitar
golf drivers reviews
graphing calculator reviews
griot garage
harley davidson shops
hemorrhoid treatments at home
herbal remedies
hobo brand handbags
hot news today
hot scenes movies
how jump higher for basketball
inflatable kayak reviews
iron set reviews
juicy couture handbag
laser range finders reviews
makowsky handbag
medical billing
nicole lee handbags
original rayban
pocket projector reviews
sexs picture
shimano spinning reel
speaker system reviews
spinning reel reviews
stone mountain handbags sale
video seks
waffle irons reviews
western digital reviews
wirelesslaserprinterreviews
sport authority store
home garden store
health store products
electronic store online
clothes handbags store
designer shoes handbags
buy electronics
buy book online
automotive supply stores
online toy stores
%d bloggers like this: