Melayu Boleh,Rehat bersama Famili

Hujung Minggu Melayu Boleh: Rehatkan diri bersama keluarga


PERMAINAN catur gergasi turut disediakan di luar hotel untuk berseronok bersama keluarga dan teman.

Pusat peranginan Awana Kijal sedia pelbagai kegiatan menarik

PENAT bekerja, sekali-sekala perlulah meluangkan masa bercuti di tempat yang indah, tenang dan nyaman. Lupakan seketika tugasan di pejabat, tumpukan perhatian pada hari percutian anda. Percayalah, anda akan kembali segar malah dapat menyiapkan tugasan dengan lebih sistematik.Melayu Boleh 

Jika agak keberatan bercuti di luar negara, cukup sekadar di dalam negeri. Sebut saja Terengganu terlintas di fikiran deruan ombak Laut China Selatan. Selain itu, hidangan ringan terkenal keropok lekor asli membuatkan penulis lebih teruja untuk menikmatinya.
Walaupun hanya dapat meluangkan masa selama dua hari di resort percutian terkenal, Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort ia sudah memadai kerana itulah kali kedua penulis menjejakkan kaki di negeri Darul ImanMelayu Boleh 
.

Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort atau singkatan mudah Awana Kijal terletak di Kijal iaitu dalam daerah Kemaman. Mengambil masa antara tiga hingga lima jam perjalanan jarak jauhnya dianggarkan kira-kira 350 kilometer dari Kuala Lumpur. Ia satu-satunya pusat peranginan bertaraf lima bintang di Terengganu, pusat peranginan milik syarikat kota keriangan, Awana Genting itu dikelilingi tumbuhan hijau serta menghadap keindahan tepian pantai sepanjang tujuh kilometer.

Tatkala kaki melangkah masuk di perkarangan lobi Awana Kijal, penulis terasa tenang dan teruja. Tidak terkejut jika ramai yang memuji keunikan hiasan dalamannya yang berkonsepkan Melayu tradisional. Bumbung tinggi melangit terbuka hingga ke tingkat sembilan berunsur kayu sekali gus menampakkan ruang lobi luas dan besar. Ditambah dengan hiasan tumbuhan hijau ia lebih mengagumkan pengunjungMelayu Boleh 
.

KOLAM renang terbesar di Terengganu ini lengkap dengan sauna dan kolam jakuzi untuk pengunjung.

Pengarah Urusan Awana Kijal, Amiruddin Salleh, berkata Awana Kijal menjanjikan percutian yang indah dengan pelbagai kemudahan untuk sekeluarga.

“Walaupun hotel ini terletak jauh dari bandar, Awana Kijal penuh dengan ketenangan yang ‘mengkhayalkan’ perasaan. Banyak kemudahan disediakan tanpa memberi rasa bosan kepada pengunjung. Sambil menikmati ketenangan, pengunjung boleh berenang di kolam renang terbesar antara hotel di Terengganu. Turut dilengkapi kolam jakuzi dan juga saunaMelayu Boleh 
.

“Jika mahu lebih menarik dan sesuatu yang lain, pengunjung boleh mandi manda di laut jernih sambil mencuba aktiviti rekreasi pantai seperti bermain bot panjang atau ‘banana boat’, jet-ski dan juga motosikal ATV. Selain itu, aktiviti lain yang turut disediakan ialah merentas hutan (jungle trekking).

“Bagi yang puas dengan aktiviti luar, ada juga gelanggang tenis, dam ular dan catur gergasi untuk aktiviti berseronok bersama keluarga,” katanya ketika ditemui di usat peranginan itu, baru-baru ini.

KESELESAAN bilik di Awana Kijal melenyapkan keletihan dan beban dalam fikiran.

Resort pilihan kebanyakan keluarga itu didirikan pada Julai 1996 dan memiliki 341 bilik tidur berbagai jenis.Melayu Boleh 

Penulis berpendapat, dua hari saja tidak cukup untuk menikmati semua aktiviti yang ada sana kerana semuanya sukar didapati di ibu kota. Awana Kijal sering mendapat sambutan apabila musim seperti cuti sekolah, malah pada Ogos setiap tahun ramai pelancong akan datang untuk menyaksikan beribu-ribu penyu yang naik ke darat untuk bertelur.

Kelip-kelip, golf aktiviti sukar ditolak

Awana Kijal menyediakan lapan restoran dengan keunikan hidangan tersendiri. Restoran yang ada ialah Kampong Meraga Beris, Windows Steak House, Waterfall Cafe, Golfers’ Terrace, Atrium Coffee Lounge, Little Canton, Oasis Hut dan juga Banana Plantation.Melayu Boleh 

Hidangan ala kampung boleh dinikmati di Kampong Meraga Beris iaitu termasuk dalam pakej penginapan. Restoran berkenaan boleh memuatkan kira-kira 500 orang pada satu masa dengan hidangan enak ala kampung.

Bermula dengan pemanis mulut dari kuih tradisional masyarakat Terengganu, hidangan utama lauk pauk dan makanan sampingan. Dibuka untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam. Makan malam dibuka sehingga jam 10.30 malam sebelum pengunjung diberi peluang menyaksikan keindahan kelip-kelip.

Satu-satunya aktiviti menyeronokkan, tetapi agak menyeramkan apabila pertama kali penulis berpeluang menyaksikan keindahan kelip-kelip atau kunang-kunang di Sungai Yakyah, Kampung Ibok, Kemaman. Jarak perjalanan dari Awana Kijal ke kampung berkenaan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit pada jarak 20 km.

Dikendalikan oleh pemandu pelancong dan pengusaha kelip-kelip berlesen, Che Ghani Che Mohd Nor, penulis berasa bangga kerana beliau bukan saja membawa pelancong bersiar di sungai menyaksikan kelip-kelip, sebaliknya Che Ghani mampu berkongsi pengetahuan mengenai kehidupan berkenaan termasuk dari sudut sains dan biologi. Melayu Boleh 

Bagaimanapun, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan cahaya kamera kerana ia boleh mengganggu kehidupan di kawasan itu.

Che Ghani berkata, kelip-kelip hidup di pokok Bebaru, Berembang dan Putat kerana tiga jenis pokok berkenaan mampu menampung kandungan mineral yang banyak selepas waktu hujan sekali gus menjadi sumber makanan mereka.Melayu Boleh 

“Ada lebih 2,000 spesis kelip-kelip di dunia. Jika ingin mengenalpasti jantina,cahaya lebih terang mewakili kelip-kelip jantan sementara cahaya kurang terang mewakili betina. Selepas hujan kita boleh menyaksikan berjuta-juta kelip-kelip berterbangan kerana waktu itu banyak mineral berada di daun dan debunga pada pokok berkenaan sebagai sumber makanan mereka,” katanya.

Walaupun penat kerana aktiviti berakhir hingga ke jam 12 malam, namun ia adalah pengalaman yang menyeronokkan dan tidak akan dilupakan.

Letih sepanjang hari hilang serta merta apabila melangkah masuk ke ruang bilik yang selesa mengadap laut. Paling menarik minat penulis ialah ruang bilik airnya ala moden yang penuh dengan warna putih kombinasi hitam. Tab mandi pula bertingkap yang boleh dibuka untuk pandangan dalam bilik.

Bagaimanapun, Awana Kijal bukan tempat untuk mencari hiburan di tengah malam kerana hanya ada satu pusat hiburan iaitu One Karaoke untuk ‘live band’ yang dibuka sehingga jam 12 tengah malam saja.

Menarik untuk pelawat beragama Islam, Awana Kijal sangat teliti dengan kehadiran tetamu dengan menyediakan set kelengkapan sembahyang iaitu telekung, kopiah, tasbih kain pelekat dan juga sejadah. Cara ini secara tidak langsung menarik minat masyarakat Muslim untuk menikmati percutian di Awana Kijal untuk kali kedua.

Bagi mereka yang gilakan sukan golf, Awana Kijal adalah lokasi terbaik di Terengganu. Padang golf dengan pemandangan resort berlatarbelakangkan keindahan laut mempunyai keluasan yang tenang. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu Palma, kawasan untuk lubang satu hingga lubang sembilan di kanan resort, sementara lubang ke-10 hingga 18 pula sudut bahagian kiri dinamakan Rimba Nines.Melayu Boleh 

Superintendan Golf Awana Kijal, Mohd Azani Mohd Yusoff, berkata paling menarik ketika bermain golf di Awana Kijal ialah Signature Golf iaitu pada lubang ke-14. Uniknya, lubang berkenaan terletak di sudut hujung padang dengan pemandangan laut membiru, pasir pantai dan juga tumbuhan hijau pada bahagian tepinya.

Semuanya lengkap untuk percutian keluarga. Di dalam satu kawasan, pengunjung dapat menikmati pelbagai kemudahan, keseronokan dan ketenangan. Untuk si isteri, sementara menunggu suami bermain golf yang memakan masa sehingga berjam-jam lamanya, bolehlah menikmati keasyikan belaian badan di Taman Sari Royal Heritage Spa.

Sementara menunggu ibu bapa dengan aktiviti masing-masing, si kecil boleh ditempatkan sementara di pusat kanak-kanak.

Berbaloi memang berbaloi. Menghilangkan penat dan keletihan mata memandang bangunan mencakar langit di kota raya, Awana Kijal, lokasi peranginan yang amat memuaskan.

INFO

Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort

Lokasi: KM28, Jalan Kememan-Dungun, 24100 Kijal, Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Taraf: lima bintang

Bilik: Jenis Deluxe, Premier, Deluxe Suites, Premier Suites dan Duplexes.

Jarak:

– dari Kuala Lumpur : 3-5 jam

– dari Kuantan, Pahang : 1 jam 20 minit

– dari Cherating : 30 minit

– dari Kerteh : 20 minit

Telefon : 09-864 1188

Melayu Boleh Hebat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

bad credit
bharian
best bike rack
best bmx bike
best cordless drills reviews
best gaming keyboard reviews
best gaming mouse reviews
best golf gps systems reviews
best headphone review
best jigsaw reviews
best men watches
best pet food
best rated cookware sets
best universal remote reviews
bicycle trainer reviews
buy canon 7d
buy online adidas
buy sofa online
camera lense reviews
canon printer reviews
cara bersetubuh
constipation remedies for babies
dolce and gabbana handbags
enjoi skateboards
flight sim controllers reviews
gibson les paul electric guitar
golf drivers reviews
graphing calculator reviews
griot garage
harley davidson shops
hemorrhoid treatments at home
herbal remedies
hobo brand handbags
hot news today
hot scenes movies
how jump higher for basketball
inflatable kayak reviews
iron set reviews
juicy couture handbag
laser range finders reviews
makowsky handbag
medical billing
nicole lee handbags
original rayban
pocket projector reviews
sexs picture
shimano spinning reel
speaker system reviews
spinning reel reviews
stone mountain handbags sale
video seks
waffle irons reviews
western digital reviews
wirelesslaserprinterreviews
sport authority store
home garden store
health store products
electronic store online
clothes handbags store
designer shoes handbags
buy electronics
buy book online
automotive supply stores
online toy stores
%d bloggers like this: